Saturday, July 18, 2009

YUKIMI's New Mixed Sushi Set
















Pelanggan yg dihormati,

YS kini memperkenalkan mixed sushi set (6 variasi) yang baru mulai 18 Julai 2009, termasuk memperkenalkan umei battleship.

Kami juga bercadang memperkenalkan sushi ikan keli tidak lama lagi. Kita semua sedia maklum bahawa ikan keli mengandungi omega 3 yang tinggi. Ramai penduduk Sarawak tidak begitu menggemari ikan keli walaupun khasiatnya diketahui umum. Oleh itu, kami akan memasaknya menggunakan resepi unagi Jepun yang digemari ramai. Dengan usaha ini diharap ikan keli akan menjadi makanan popular di Sarawak.

Kami mengalu-alukan cadangan dari pelanggan semua untuk memperkenalkan sushi lain yang berasaskan produk tempatan. Jika permintaan adalah tinggi, kami akan berusaha melaksanakan idea2 tersebut.

Domo arigato.

YUKIMI's SUSHI - Nikmatilah tanpa was-was.

















YUKIMI's SUSHI menu





Pelanggan yang dihormati,

Di sini kami sertakan menu kami untuk panduan anda.

Pesanan melalui telefon
Penghantaran percuma untuk jumlah tempahan RM20 ke atas (Kuching) dan RM50 ke atas (Kota Samarahan).

Katering
Kami juga menerima tempahan untuk majlis-majlis seperti kenduri kahwin (termasuk hantaran), harijadi, mesyuarat, kursus dan sebagainya.

Sila hubungi Pn Halida 019-829 1901 untuk membuat tempahan atau mendapat keterangan lanjut.

Domo arigato.

YUKIMI's SUSHI - Nikmatilah tanpa was-was.

Komen dan cadangan

Pelanggan yang dihormati,

Kami amat mengalu-alukan komen dan cadangan anda untuk memperbaiki lagi mutu dan pilihan produk serta perkhidmatan pelanggan kami. Kami juga ingin mendapat pandangan anda tentang hiasan dalaman serta suasana restoran YUKIMI's SUSHI demi untuk keselesaan pelanggan. Setiap pandangan/komen anda akan kami pertimbangkan dengan teliti dan kami akan cuba melaksanakannya jika praktikal.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda selama ini. We look forward to your sincere and constructive comments/suggestions!

Arigato gozaimasu.


YUKIMI's SUSHI - Nikmatilah tanpa was-was.

Wednesday, July 15, 2009

Yukimi's Sushi New Menu - August 2009


Pelanggan yang dihormati sekelian,

Kami akan memperkenalkan okonomiyaki (piza Jepun) dalam bulan Ogos 2009. Nikmatilah keunikan rasa okonomiyaki tidak lama lagi.

Sekiranya anda ingin mencuba makanan Jepun yg lain, sila 'propose' kepada kami melalui blog ini. Jika permintaan adalah tinggi, kami akan cuba memperkenalkannya di YS.

Arigato gozaimasu.

YUKIMI's SUSHI - Nikmatilah tanpa was-was.