Saturday, July 18, 2009

YUKIMI's New Mixed Sushi Set
















Pelanggan yg dihormati,

YS kini memperkenalkan mixed sushi set (6 variasi) yang baru mulai 18 Julai 2009, termasuk memperkenalkan umei battleship.

Kami juga bercadang memperkenalkan sushi ikan keli tidak lama lagi. Kita semua sedia maklum bahawa ikan keli mengandungi omega 3 yang tinggi. Ramai penduduk Sarawak tidak begitu menggemari ikan keli walaupun khasiatnya diketahui umum. Oleh itu, kami akan memasaknya menggunakan resepi unagi Jepun yang digemari ramai. Dengan usaha ini diharap ikan keli akan menjadi makanan popular di Sarawak.

Kami mengalu-alukan cadangan dari pelanggan semua untuk memperkenalkan sushi lain yang berasaskan produk tempatan. Jika permintaan adalah tinggi, kami akan berusaha melaksanakan idea2 tersebut.

Domo arigato.

YUKIMI's SUSHI - Nikmatilah tanpa was-was.

















1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Tahniah kerana berusaha menyediakan makanan halal jepun. Saya sekeluarga memang suka dengan makanan jepun. Simple yet very nice.

    Ingin saya tanyakan dua soalan:

    1) Adakah saudara tahu, bahan2 yang digunakan untuk membuat narutomaki? Terutamanya 'the pink swirl'. Apakah bahan pewarna yang digunakan? Sudah puas saya search dlm internet namun tidak bertemu jawapannya.

    2) Saya pernah diberitahu bahawa crab stick tidak halal kerana warna merah yang digunakan adalah dari darah khinzir. Wallahu'alam. Tetapi oleh kerana was-was, kami tidak lagi menjamah crab stick.

    Sebagai seorang pengusaha restoran islam yang bertanggungjawab, saya pasti saudara ada jawapan (atau berusaha mencarinya).

    Sekali lagi syabas kerana melepaskan tuntutan fardhu kifayah ini.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete